FAQs on Cloth Diapering

August 12, 2009

  • Kenapa perlu guna lampin kain?
  • Tak susah ke guna lampin kain?
  • Apakan jenis-jenis lampin kain?
  • Bagaimana cara menggunakan/ menjaga lampin kain?
  • Bagaimana cara membasuh lampin kain?
  • Sabun apa yang boleh digunakan?
  • Berapa jam setiap lampin kain boleh bertahan?
  • Berapa jumlah lampin kain diperlukan?

  

1)                  Kenapa perlu guna lampin kain?

  

Banyak sebab sebenarnya. Secara umum, lampin kain ni baik untuk bayi, bagus untuk persekitaran, boleh jimatkan belanja. Macam mana tu? Ok, jom tengok satu persatu.

 

Baik untuk bayi/ kanak-kanak

 Ok, seperti namanya, lampin kain diperbuat daripada kain, iaitu daripada sumber semualajadi. Jadi, ianya lebih selesa untuk anak kita + tiada sebarang kesan negative untuk mereka. Tiada sebarang bahan kimia atau adhesives yang digunakan seperti yang terkandung di dalam lampin pakai buang. Bahan ini digunakan bertujuan untuk meningkatkan daya serapan, jadi ia boleh menyerap lembapan kulit anak kita. Kulit akan menjadi terlalu kering dan mungkin boleh menyebabkan ruam serta kesan sampingan yang lain.

 

Mengatasi Masalah Ruam Lampin

Ini mungkin tak applicable untuk semua bayi. Tetapi lampin kain yang diperbuat daripada bahan semulajadi seharusnya tidak memberi kesan yang tidak baik untuk kulit bayi. Sekiranya masih terdapat ruam lampin setelah menggunakan lampin kain, mungkin anda boleh melihat kembali sabun yang digunakan, cara basuhan dan tempoh pemakaian lampin kain.

 Tapi, pengalaman saya, ruam anak saya hilang sejak saya menggunakan lampin kain. Saya memang amat bersyukur kerana akhirnya tiada lagi ruam pada anak saya. Dia pun nampak selesa dengan lampin kainnya.

  

Selamatkan Alam Sekitar

 Bayangkan jika setiap keluarga membuang secara purata 10 lampin pakai buang sehari, cuba kira berapa jumlah lampin pakai buang yang dibuang oleh 100 keluarga dalam masa sebulan? 10 x 100 x 30 = 30,000 keping!! Bayangkan berapa jumlah bagi satu Malaysia dan satu dunia!! Jadi, untuk terus menghijaukan bumi kita, penggunaan lampin kain adalah salah satu caranya. Lagi satu cara, jom kita kurangkan penggunaan plastik, pergi shopping guna reusable bag.

 

Berjimat Cermat

 Mari kita lihat berapa kita boleh jimat sekiranya kita menggunakan lampin kain ini dengan pengiraan mudah ini.

 

Lampin Pakai Buang

 

Anggap kita gunakan lampin pakai buang biasa (RM0.50 sekeping) sebanyak 6 keping sehari (biasanya lebih kan?).

 RM0.50 X 6 X 1080 (36 bulan) = RM3,240.00

 

 Lampin Kain

 Untuk lampin kain pula, kita memerlukan sekurang-kurangnya 12 keping jika ingin sepenuhnya menggunakan lampin kain. Jadi anggap kita menggunakan 15 keping yang mana harga puratanya RM45.00

 RM50.00 X 15 = RM750

 

Jumlah penjimatan = RM2,490.00

Banyakkan? Ia sememangnya menjimatkan untuk jangka masa panjang.

  

2)                  Tak susah ke guna lampin kain?

 

Sebenarnya, bila kita menggunakan lampin kain ni, ia seperti kita balik ke asal. Sama seperti orang-orang dahulu menggunakan lampin biasa + cover getah, cuma lampin kain moden ni ditambah baik untuk memudahkan kita. Walaupun begitu, ia masih mengekalkan elemen semulajadi, iaitu menggunakan kain tanpa melibatkan penggunaan bahan-bahan kimia.

 

Menggunaka lampin kain yang perlu dibasuh berbanding menggunakan lampin pakai buang tentulah lebih susah, tetapi ia sangat berbaloi. Lagipun tahap kesusahannya tidaklah sampai membantutkan hasrat ibu-ibu di luar sana untuk terus menggunakannya. Yang penting, lampin kain ini boleh dibasuh menggunakan mesin basuh. Baguskan? Jadi tidaklah susah mana, alah bisa tegal biasa.

 

Cara menggunakan dan membasuh lampin kain ini akan diterangkan dengan lebih lanjut di soalan-soalan seterusnya.

 

 

3)                  Apakah jenis-jenis lampin kain yang ada?

 

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis lampin kain moden yang ada di pasaran pada masa ini. Antaranya:

 

a)      Prefolds

 

Berbentuk empat segi yang mana agak menyerupai lampin kain tradisional tetapi lebih tebal dan tidak perlu dilipat (seperti namanya – ia telah sedia terlipat).

 

Lampin kain jenis ini memerlukan pengikat lampin (closure of diaper) dan waterproof outer cover. Biasanya lampin kain ini diikat menggunakan diaper pins atau Snappi fastener.

 

Prefolds lebih tahan untuk jangka masa panjang dan lebih murah berbanding yang lain. Kosnya dalam lingkungan RM90 untuk satu dozen.

 

b)      Fitted Diaper

 

Fitted Diaper lebih menyerupai lampin pakai buang biasa. Ianya fitted dengan elastic di bahagian peha dan pinggang. Ia didatangkan dengan Velcro (pelekat) atau snap (butang).

 

Fitted Diaper tidak kalis air, jadi ia memerlukan diaper cover. Ianya sangat menyerap dan diperbuat daripada pelbagai jenis material contohnya cotton knits, flannel, hemp, terry cloth, sherpa, bamboo, or velour.

 

Terdiri daripada pelbagai saiz (XS, S, M, L) dan ada juga yang menyediakan one-size fitted diaper.

 

 

c)      Pocket Diaper

 

Pocket Diaper dalah lampin kain yang mempunyai poket di mana inserts/ soaker yang bertujuan untuk menyerap cecair kan dimasukkan ke dalam poket ini. Lampin kain jenis ini amat menyerupai lampin pakai buang.

 

Pocket Diaper mempunyai bahagian luar yang kalis air dan bahagian dalam (yang menyentuh kulit bayi) yang sentiasa kering walaupun telah terkena air. Bahagian dalam ini biasanya terdiri daripada microfleece ataupun suedecloth.  Ia juga didatangkan dengan Velcro atau snap.

 

Ianya pilihan yang popular di kalangan ibu-ibu kerana mereka boleh customizekan penggunaan insert megikut keperluan. Ianya juga lebih cepat kering mendangkan diaper dan inserts boleh dibasuh dan dijemur berasingan.

 

Ianya juga didatangkan dalam pelbagai saiz dan juga one-size.

 

 

d)      All-In-One (AIO)

 

Ianya dalah one-piece diapering system, sangat menyamai lampin pakai buang. Inserts/ soaker dijahit sekali dengan diaper dan ianya mempunyai bahagian luar yang kalis air.

 

Didatangkan dengan pelbagai saiz dan juga one-size. Digemari oleh ibu-ibu kerana ianya amat mudah untuk digunakan, tetapi penggunaan jumlah insert tidak boleh dicustomizekan serta agak lambat untuk kering.

 

 

 

4)                  Bagaimana cara menggunakan/ menjaga lampin kain?

 

Buat permulaan ini, saya terangkan cara penggunaan dan penjagaan lampin kain jenis One-size Pocket Diaper dahulu.

 

  • Sebelum menggunakan lampin kain buat pertama kali, diaper dan insert perlu dibasuh beberapa kali tanpa sabun untuk memastikan kebersihannya dan meningkatkan daya serap inserts. Ianya boleh dibasuh menggunakan mesin basuh.
  • Setelah kering, masukkan inserts ke dalam bahagian pocket diaper dengan kemas. Jumlah penggunaan insert bergantung kepada keperluan anak masing-masing. Pastikan insert tersebut diratakan dengan baik.
  • Sekiranya bayi poo poo, buang najis ke dalam toilet bowl dan basuh diaper serta insert menggunakan air untuk membuang kesan najis. Bilas kedua-duanya, perah dan masukkan ke dalam baldi kering (dry pail).
  • Sekiranya bayi kencing, bilas untuk mebuang air kencing, perah dan masukkan ke dalam baldi kering.
  • Apabila diaper di dalam baldi kering telah mencapai jumpah yang diperlukan untuk basuhan (terpulang kepada masing-masing), masukkan ke dalam mesin basuh dan basuh seperti biasa.
  • Pastikan sabun yang digunakan tidak mengandungi pelembut ataupun ejen pemutih. Penggunaan sabun mandi juga adalah amat tidak digalakkan.
  • Selepas dibasuh, diaper dan inserts boleh dijemur di dalam rumah (paling baik di ruang khas yang tidak terbuka) atau di luar rumah (di bawah matahari). Diaper akan megambil masa dalam setengah hari untuk kering manakala inserts akan mengambil masa labih lama, lebih kurang seharian untuk betul-betul kering.

 

 

5)                  Bagaimana cara membasuh lampin kain?

 

Sebenarnya terdapat dua cara basuhan lampin kain ini iaitu:

 

Wet Pail

 

Lampin kain (bersama inserts) yang telah digunakan direndam di dalam baldi (biasanya dengan baking soda) sehingga tiba waktu basuhan. Apabila tiba waktu basuhan, air rendaman dibuang dan lampin kain dimasukkan ke dalam mesin basuh untuk dibasuh. Cara ini tidak begitu popular memandangkan ia mewujudkan masalah ’berbau’ pada lampin kain tersebut.

 

Dry Pail

 

Lampin kain yang telah terkena najis dibersihkan dengan membuang najis ke dalam lubang tandas dan dicuci menggunakan air untuk menghilangkan kesan kotoran. Ianya kemudian dibilas, diperah dan dimasukkan ke dalam dry pail. Lampin kain yang hanya terkena air kencing dibilas, diperah dan dimasukkan ke dalam dry pail. Untuk menghilangkan kesan bau, taburkan sedikit baking soda ke atas lampin kain tadi. Apabila tiba masa basuhan, semua lampin kain di dalam dry pail tadi dimasukkan ke dalam mesin basuh. Adalah dinasihatkan supaya lampin kain di dalam dry pail tidak dibiarkan terlalu lama sebelum dibasuh.

 

 

6)                  Sabun apa yang boleh digunakan?

 

Pastikan sabun yang digunakan adalah sabun yang sesuai untuk bayi serta tidak mengandungi sebarang ejen pelembut. Ejen pelembut ini boleh menyebabkan detergent buil-up yang akan menjejaskan kadar penyerapan lampin/ inserts. Pastikan juga sabun yang digunakan tidak mengandungi ejen pemutih (chlorine bleach). Sabun mandi juga tidak sesuai digunakan untuk membasuh lampin kain kerana ia akan meninggalkan lebihan pada lampin/ inserts yang mana boleh menjejaskan kadar serapan.

 

Adalah disarankan untuk menggunakan sabun pada kadar yang sedikit bagi memastikan ianya tidak menjejaskan kadar serapan lampin/ inserts.

 

Baking soda adalah bahan semulajadi yang berkesan untuk memutihkan lampin kain anda.

 

Sekiranya selepas basuhan, lampin kain tidak berbau fresh dan masih kurang bersih, basuh semula lampin kain tersebut untuk memastikan ianya benar-benar bersih  supaya ia tidak memberi kesan kepada kulit bayi anda.

 

 

7)                  Berapa jam setiap lampin kain boleh bertahan?

 

Ianya bergantung sama ada anak anda seorang yang ’heavy water’ atau tidak. Bagi pemakaian waktu siang, bagi bayi yang heavy water, adalah disarankan untuk menggunakan 2 inserts yang mana boleh bertahan dalam 3 hingga 5 jam. Bagi yang tidak heavy water, penggunaan 1 insert mungkin memadai bagi tempoh yang sama.

 

Bagi pemakaian pada waktu malam, adalah disarankan untuk memakai 2 atau 3 inserts bagi tempoh 6 hingga 8 jam. Walaubagaimanapun, bagi anak yang masih mempunyai masalah kebocoran, langkah berikut mungkin boleh diambil:

 

  • Menggunakan insert jenis hemp atau bamboo
  • Menggunakan fitted diaper yang mana ia perlu dipakai bersama diaper cover
  • Memastikan inserts yang digunakan benar-benar menyerap yang mana basuhan menggunakan hot water boleh dibuat untuk mengembalikan kadar serapan inserts
  • Memastikan diaper dipakai dengan kemas dan inserts juga dimasukkan dengan kemas
  •  

 

8)                  Berapa jumlah lampin kain diperlukan?

 

Bagi ibu-ibu yang ingin menggunakan lampin kain sepenuhnya, adalah disarankan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 12 keping lampin kain. Penggunaan lampin kain yang lebih banyak boleh memastikan lampin kain tersebut tahan lebih lama dan lambat ’worn out’.