5 Cara Mudah ‘Potty Train’

August 4, 2009

potty-training

Kebanyakan ibu bapa tidak pasti bilakah waktu yang sesuai untuk memulakan latihan ke tandas untuk anak mereka. Latihan ini akan membolehkan kanak-kanak untuk ke tandas apabila mereka ingin membuang air kecil atau besar. Secara umumnya, latihan ini sesuai dimulakan apabila anak anda dapat mengawal otot dubur dan pundi kencingnya. Ia biasanya dicapai apabila berusia 18 hingga 36 bulan.

Memperkenalkan Potty

Sediakan sebuah potty di dalam bilik air. Pastikan si kecil telah melihatnya beberapa bulan sebelum memulakan latihan ke tandas secara rutin supaya si kecil akan membiasakan diri duduk di atasnya dan cuba untuk menggunakannya. Biarkan si kecil duduk di atasnya sebelum mandi atau selepas anda menanggalkan lampinnya. Pada masa ini, anak anda mungkin membuang air di situ ataupun dia hanya menggap potty tersebut sebagai mainannya. Walaubagaimanapun, ini hanyalah salah satu alternative kerana ada kanak-kanak yang terus belajar menggunakan tandas sebenar.

Masa Sudah Tiba?

Pastikan yang anak anda telah menunjukkan tanda yang dia mungkin sudah bersedia untuk ke tandas iaitu:

ü Adakah dia sering menanggalkan lampin atau tidak selesa memakai lampin?
ü Adakah dia dapat duduk di atas potty/ tandas dan dapat berdiri semula dengan mudah?
ü Adakah dia tahu bila dia ingin membuang air kecil atau besar dan memberitahu anda?
ü Adakah dia sedar yang dia telah membuang air kecil atau besar dan memberitahu anda?

Semua persoalan ini memudahkan anda mengetahui masa yang sesuai untuk anda memulakan latihan ke tandas.

Uji Penerimaannya

Sentiasa mengingatkan dan bertanya kepada anak anda sama ada dia ingin menggunakan potty/ membuang air atau tidak. Jika dia katakan ‘ya’, barulah anda dudukkannya di atas potty, jika tidak, jangan memaksa anak anda. Ada juga si kecil yang pada mulanya mengatakan tidak mahu, tetapi beberapa minit kemudian barulah dia sedar yang dia ingin membuang air. Ini juga ada baiknya kerana ia petanda bahawa anak anda tidak bergantung kepada anda untuk memberitahunya.

Sekali sekala sekiranya se kecil terlupa memberitahu anda, jangan terus memarahinya, sebaliknya secara lembut ingatkan kepadanya tentang potty itu. Beri pujian dan ciuman jika dia Berjaya melakukannya.

Atur Rutin Harian

Untuk pertama kali, biarkan anak anda bermain tanpa memakai lampin pada satu jangka masa. Sebaiknya, lakukan pada hujung minggu iaitu sewaktu anda berkelapangan dan tidak sibuk dengan urusan lain. Anda boleh membawanya ke tandas pada tempoh-tempoh tertentu, contohnya setiap 1 jam dan memintanya membuang air. Biarkan seketika contihnya sehingga 10 minit. Jika dia membuang air, pastikan dia tidak bermain dengan najisnya dan katakan ianya kotor dan perlu dicuci dengan cara yang betul. Latih juga anak anda untuk membasuh tangan dan kaki sebelum keluar dari tandas.

Dari Potty ke Tandas Sebenar

Pada satu peringkat, se kecil mula bersedia untuk menggunakan tandas sebenar. Oleh itu, pastikan anda menyediakan bangku untuk dia berpijak.Anda boleh belikan pelapik tandas untuk kanak-kanak agar anak anda dapat duduk dengan selesa di atas mangkuk tandas. Bantu anak anda membasuh punngungnya sehingga dia bersedia untuk melakukannya sendiri.

TIPS

– Jangan lupa beri galakan dan pujian setiap kali dia berjaya melakukannya
– Sediakan potty yang menarik perhatiannay dan jadikan ia sebagai permainan yang menyeronokkan
– Pakaikan si kecil pakaian yang mudah ditanggalkan apabila dia ingin ke tandas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: