Kenapa Saya Menggunakan Cloth Diaper?

May 19, 2009

Sebenarnya saya sendiri masih baru dengan cloth diaper ini walaupun saya sudah lama sedar tentang kebaikannya. Mungkin disebabkan persepsi yang salah tentang kelecehan menggunakan cloth diaper ini yang membantutkan niat saya untuk menggunakannya lebih awal. Selepas membaca satu blog yang mana seorang ibu berkongsi pengalamannya menggunakan cloth diaper untuk anaknya, saya terus rasa teruja untuk mencubanya untuk anak saya, Isyraf.

Pelbagai sebab ibu-ibu di seluruh dunia menggunakan cloth diaper untuk anak-anak mereka. Bagi saya, terdapat 3 sebab utama mengapa saya menggunakan cloth diaper untuk anak saya iaitu:

 

 i)  Kebaikan Anak

Daripada pembacaan saya, disposable diapers diperbuat daripada bahan-bahan kimia yg bertujuan untuk menyerap cecair dengan berkesan. Bahan-bahan kimia ini boleh memberi kesan yang tidak baik untuk kulit bayi. Bayangkan anak kita terpaksa memakai disposable diaper ini selama sekurang-kurangnya 2 atau 21/2 tahun.

Cloth diaper sebaliknya diperbuat daripada fabrik yang tidak membahayakan kulit bayi. Fabrik yang bersentuhan dengan kulit bayi ini tetap kering walaupun bayi telah kencing beberapa kali.  Insert yang dimasukkan di bawah lapisan fabrik tadi yang menyerap air kencing bayi.

Berdasarkan pengalaman saya, kulit anak saya yang sebelum ini asyik berbintik-bintik merah akibat ruam lampin telah hilang setelah menggunakan cloth diaper. Anak saya juga nampak selesa menggunakan cloth diaper ini walaupun pada waktu malam.  

 

 ii)  Alam Sekitar

Saya sememangnya menyokong penuh slogan ‘Go Green’ walaupun belum mampu mengaplikasikan sepenuhnya. Salah satu cara yang boleh saya lakukan ialah dengan menggunakan cloth diaper.

Saya sememangnya sedar sejak awal lagi bahawa disposable diaper antara penyumbang terbanyak bahan buangan di rumah saya. Kadang-kadang wujud juga rasa bersalah terhadap alam sekitar. Jadi, dengan adanya cloth diaper ini, hasrat saya untuk mengurangkan bahan buangan yang susah untuk dilupuskan ini dapat saya tunaikan.

 

 iii)  Mengurangkan Kos

Saya masih belum menggunakan sepenuhnya cloth diaper memandangkan anak saya masih dijaga oleh babysitter apabila saya bekerja. Memandangkan babysitter anak saya menjaga agak ramai bayi dan kanak-kanak, saya bimbang dia keberatan untuk menggunakan cloth diaper ini.

Walaupun begitu, bagi saya penggunaan cloth diaper ini sememangnya akan menjimatkan kos dalam jangka masa panjang. Mungkin kos awal untuk membeli cloth diaper ini agak tinggi, tetapi ia boleh digunakan bagi tempoh yang lama. Malah, jika dijaga dengan baik, ia boleh digunakan untuk anak-anak yang seterusnya. Saya yang menggunakan cloth diaper hanya untuk waktu malam dan hujung minggu (dan cuti-cuti yang lain) telah dapat merasai penjimatan dari segi kurangnya disposable diapers yang perlu saya beli. Suami yang pada mulanya kurang faham tentang cloth diaper pun semakin menggalakkan saya menggunakan cloth diaper ini.

Berikut ialah pengiraan ringkas jumlah penjimatan sekiranya menggunakan cloth diaper bagi tempoh 2 tahun:

 

Disposable diapers

5 (5 diaper dalam sehari) x 30 hari x RM0.50 x 24 bulan (2 tahun) = RM1,800.00

 

Cloth Diaper

12 diapers x RM50.00 = RM600.00

 

Jumlah penjimatan = RM1,200.00

 

Apapun, ia terpulang kepada kita untuk memilih apa yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kerana setiap orang mempunyai sebab dan halangan masing-masing. Niat saya cuma ingin berkongsi pengalaman saya bersama ibu-ibu di luar sana yang mungkin tertanya-tanya tentang cloth diaper ini. Bagi yang ingin mencuba, SELAMAT MENCUBA  dan  SEMOGA BERAJAYA!!.

2 Responses to “Kenapa Saya Menggunakan Cloth Diaper?”

  1. Seri Says:

    Dear C-rah!!

    I just love d idea!!m a nature lover..I’ll be using it once I have baby!!Do keep in touch ya ukhtie=)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: